Cuti Maulidur Rasul tempohari, adik saya bertunang
Sempena hari yang mulia ini, semoga apa yang dirancangkan menjadi kenyataan
Amin
Tunang adik saya orang Felda Chempelak, Labis
Dari Melaka taklah jauh mana
Dalam sejam setengah perjalanan aja
Mereka kenal dah lama kata adik saya
Dekat 7-8 tahun kot
Setia betul...bagus..bagus...hehehe
Moga jodoh ini kekal buat selama-lamanya
Insyaallah, kalau takde aral melintang
Lewat bulan November atau awal Disember
Mereka berdua akan disatukan
Amin
Buat Adik E tersayang, moga berbahagia selalu dan selamanya di samping kekasih hati
Inilah rupa bakal adik ipar saya..manis dan kecil moleh orangnya
Beza betul ngan adik saya yang besar tu...hahaha
Cincin pengikat tanda telah tersarung di jari manis
Disarung pula oleh bakal ibu mertua
Semoga ikatan ini kekal buat selamanya
Barang hantaran dari pihak lelaki sebanyak 7 dulang - warna ungu
Barang hantaran dari pihak perempuan sebanyak 9 dulang - warna merah
Pasangan Tunang dengan kawan rapat mereka
Yang comel dan demok tu lah adik saya
hahahah...comel sangat kan...kuikuikui
Selesai sudah satu perkara
Lega.............phew.......




